Bulan Mac 2012 aku dan member ku diberi tugas untuk menyiapkan peralatan
network , ict dan juga beberapa peralatan yang tidak dapat dilaksanakan
oleh orang lain.......Tempat tu belum dibuka lagi bagi memberi laluan
untuk kerja2 penambahbaikan lagi..Kami diberi masa dalam sebulan lebih
untuk mendapatkan peralatan dan memastikan semua alatan ada dan
berfungsi.
Kami terpaksa memaksa pihak TMnet untuk melaksanakan proses pemasangan line internet lebih cepat dari prosedure yang biasa.Namun pemasangan internet terdapat beberapa masalah kecil yang tidak dapat dielakkan,tetapi tetap dapat di pasang sebelum due nya.
 |
Talian dah dipasang tetapi router modem yang ditempah masih belum smpai |
 |
Pemasangan komputer kaunter dan installation printer |
 |
Komputer2 yang bakal dipasang di sana |
Aku terpaksa menangguhkan lawatan bulanan ke beberapa tempat yang sepatutnya dilaksanakan setiap bulan.Harap tiada masalah yang timbul.
Disini jugak dipasang cctv dan merupakan perpustakaan komuniti yang pertama mempunyai cctv..Malahan merupakan yang pertama seumpamanya di seluruh perpustakaan daerah
 |
Pemasangan Network Rack yang terpakai |
 |
Penyediaan Antena Wifi (8dDbi) untuk kegunaan Umum |
 |
Monitor cctv |
 |
Pemasangan cctv di luar Perpustakaan komuniti bagi membenteras Jenayah dan Maksiat |
 |
Komputer2 yang telah siap dipasang dan dilengkapi dengan sistem kawalan berpusat
|
Terdapat juga beberapa perpustakaan lain yang akan dibuka ada tahun ini,antaranya Rawang dan Kajang.Tarikh sebenarnya masih misteri bagi aku,harap2 x la dalam keadaan tergesa-gesa..yelaa,nak bina sesebuah bangunan memerlukan satu perancangan yang rapi.Kalo silap bina,takut runtuh plak bangunan yang dibinanya.