Khamis, 19 Januari 2012

Tahun Baru 2012 Satu Pengakhiran Atau Satu Permulaan???

Tahun 2011 baru melabuhkan tirai.....Tahun 2012 pun muncul macam mentari pagi...Mungkin satu pagi yang segar dan dinanti oleh semua insan atau hanya satu lagi permulaan untuk pengakhiran kebahagiaan....Jangan salah sangka ok, pengakhiran kebahagian yang aku maksud kan hanya lah ketenangan dalam tidur sebelum dibangkitkan untuk melaksanakan satu tugas dengan hati yang berat dan malas.....Segala arahan dilaksanakan kerana ianya satu arahan kerja, atas dasar tanggungjawab kerja yang di amanahkan...Kenapa semua ni boleh terjadi? Mungkin silap diri sendiri kerana kurang berkemampuan untuk menonjolkan diri tanpa menyakitkan sesiapa.Atau kerana diri ini terlampau baik dan melaksanakan tugas hanya mengikut arahan yang betul dan mengikut hak nya? Entah laa...kecewa, sakit hati dan agak sedih bila mengenangkan ape yang telah kita lakukan untuk mereka , walaupun itu bukan kerja kita yang sebenarnya dan kerja kita yang sepatutnya terabai(serta terpaksa menanggung amarah dari pihak - pihak yang kurang memahami)
Namun azam baru tetap kena ada...Korang rasa laa, ape azam yang patut kita buat setiap kali tahun beralih? Setiap orang tidak ketinggalan untuk membuat azam yang baru,namun mungkin ramai yang lupa bahawa azam yang lepas tidak semua orang dapat laksanakan..Mungkin azam bukan satu kewajipan atau sesuatu yang penting yang mampu mengubah nasib seseorang,Tetapi korang pernah tak terfikir bahawa sesiapa yang mempunyai azam namun tidak melaksanakannya dan paling teruk bila terus melupakannya,maka seseorang itu tidak mempunyai pendirian yang tetap dan boleh dikatakan seseorang yang tidak mempunyai keteguhan dalam menghadapi liku - liku kehidupan.Itu hanyalah pendapat aku,mungkin ade yang setuju dan mungkin juga ada yang kurang setuju...Itu untuk korang fikirkan sendiri...so,jangan laa berazam kalau tidak yakin untuk melaksanakannya...Banyak lagi yang nk aku taipkan....cuma masa tidak mengizinkan,sekarang pun dah pukul 1:26pagi.....Mengantuk dan letih dalam menghadapi kehidupan ini...Namun ini bukannya kehidupan jika kita sentiasa senang.....Orang yang senang tidak akan selamanya senang....Mungkin korang selalu dengar tentang kehidupan ini bagaikan roda...ada masa kita diatas , dan ada kalanya kita berada didasar sekali....menanggung segala kesusahan dan mungkin menjadi pemangkin dalam kejayaan seseorang....