Sabtu, 20 Disember 2008

Hyuga clan

From Narutopedia
(Redirected from Hyuga)
Jump to: navigation, search

The Hyuga clan (日向一族, Hyūga Ichizoku; Literally meaning "Hyūga family") is one of the oldest and most powerful clans in Konohagakure.
Hyuga (日向) means "Towards the Sun" and is the name of a city in the Miyazaki Prefecture in Japan. It is suggested in the series that the Uchiha clan descended from the Hyuga clan, and that the kekkei genkai of the former is descended from the latter's.
All Hyuga clan members are born with the Byakugan, the inherited Kekkei Genkai of the clan. The clan revolves around the Byakugan and is separated into two parts, the main house (宗家, Sōke) and the branch house (分家, Bunke), a system that protects the secrets of the Byakugan from outsiders. The main house runs the family while the branch house protects it. The members of the branch house are branded with a cursed seal. This seal gives the main house members absolute control over the branch members, because they can destroy the branch members' brains with a simple hand gesture, or cause them great pain to punish them. This seal also makes sure the secret of the Hyuga's Byakugan is safe, because it seals the Byakugan after the wearer of the seal dies. There seems to be a great deal of bad blood between members of the main and branch houses, most likely due to the fact that no matter how powerful branch members become, they exist solely to protect the Hyuga secrets. This can be seen in the attitudes of Hizashi, who is angry about this restriction on his son, and Neji, who believed for years that his father was forced to die to protect the main house.
Members of the clan are instructed in the use of the Gentle Fist style, which uses the Byakugan to view the opponent's chakra circulatory system and deal precise blows to disable and impede the flow of chakra. Due to training in this style, Hyuga clan members tend to have excellent chakra control. This is emphasized in jutsu that utilize this chakra control, as well as the nuances of the Gentle Fist style. The clan's strongest techniques, Eight Trigrams Sixty-Four Palms and Eight Trigrams Palms Heavenly Spin, are only allowed to be taught to members of the main house. Neji Hyuga however, has bypassed this restriction by learning them on his own, earning a reputation as a "genius" in the clan.

Mahu saman

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammadahmadshahrul@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Saya sumpah dengan nama Allah tidak pernah melakukan perbuatan itu. Saya tidak pernah buat perkara dianggap paling bodoh iaitu hendak menganiaya bangsa saya sendiri,” kata pelakon dan penyanyi, Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie, 41.Dia berkata, sejak berita mengenainya tersiar di Metro Ahad 14 Disember lalu, telefon bimbitnya seolah-olah di bursa saham dengan panggilan bertalu-talu.Katanya, kenyataan yang dikeluarkan Jamaluddin Yusof (Presiden Pertubuhan Dakwah dan Islamiah Malaysia (Pekida) itu menyebabkan pemikirannya terganggu.“Oleh itu, hari ini (semalam), buat pertama kali dalam sejarah hidup, saya sudah mengarahkan peguam saya mengambil tindakan undang-undang di mahkamah sivil terhadap Jamaluddin,” katanya yang juga ahli Pekida berstatus ‘Ayahanda’ yang berdaftar pada 2005.
Awie meluahkan rasa hati dipendamnya itu pada sidang media di sebuah hotel di ibu negara di sini, semalam.
Turut hadir, bekas pemimpin kanan Pekida Pusat bertaraf ‘Ayahanda’, Datuk Seri S Jaafar, Datuk Paduka Ab Malek Ranting dan Datuk Seri Dr Paiman Shakimon.Beberapa teman rapat, termasuk pelakon Hans Issac, Afdlin Shauki dan pengarah filem, Mamat Khalid serta anggota Kumpulan Wings hadir bagi memberikan sokongan kepada penyanyi itu.Metro Ahad 14 Disember lalu melaporkan mengenai Pekida yang bakal melaksanakan program pemutihan terhadap lebih 15,000 ahli songsang, termasuk pemimpin berpangkat ‘Abang Long’ dan ‘Ayahanda’ yang dikenal pasti terpesong daripada matlamat serta perjuangan asal pertubuhan itu.Kenyataan itu menyebut pemutihan secara berperingkat dalam tempoh terdekat turut membabitkan Awie yang dikatakan menyimpang daripada asas perjuangan Pekida.Laporan itu memetik kenyataan Jamaludin bahawa program pemutihan itu bertujuan membersihkan Pekida daripada ahli yang terbabit kegiatan negatif membabitkan lebih 15,000 ahli itu, dengan sebahagian besarnya di Selangor dan Kuala Lumpur.Jamaluddin berkata, pemutihan itu bukan bermaksud terus membuang ahli songsang, tetapi cuba memulihkan mereka terlebih dulu dan jika tidak berjaya, keahlian mereka dilucutkan.Beliau turut mendakwa antara ahli yang menyimpang ialah Awie yang bergerak sebagai ahli seumur hidup Pekida serta mempunyai kumpulannya sendiri.Awie juga dituduh mengambil RM3,600 terhadap ahli yang mahu melakukan sumpah selain didakwa sebagai seorang ketua gengster.Walaupun berang dengan tohmahan itu, Awie yang berpakaian kot kuning cerah, berkata dia sedia dipecat bila-bila masa jika dilakukan mengikut peraturan ditetapkan.“Saya boleh meletakkan kad keahlian bila-bila masa, tetapi perlu dilakukan mengikut peraturan, termasuk memberikan ruang kepada saya menjawab surat tunjuk sebab yang perlu dikemukakan pengurusan Pekida.“Malah, jika apa yang didakwa itu ada asasnya, saya bersedia meletakkan jawatan sebagai ahli Pekida,” katanya.Tanpa berselindung, Awie berkata, sikapnya yang gemar berdiam diri menimbulkan pelbagai tuduhan terhadapnya.“Keadaan itu sudah menjadi sejarah hari ini (semalam),” katanya merujuk kepada sidang media berkenaan.Menceritakan latar belakangnya dengan penuh emosi, kata Awie, dia dibesarkan dalam keluarga beragama, malah ibu dan bapanya juga sudah menunaikan haji dan banyak mengajarnya menjadi insan berguna.“Perjalanan dan pengalaman dilalui sepanjang hayat dalam industri seni dilalui dengan sebaik-baiknya. Janganlah membanding sikap dan diri saya dengan malaikat dan Rasul.“Saya insan biasa dan tidak mahu dilabelkan sebagai hipokrit. Saya hanya membawa diri sebagai penyanyi dan pelakon dan dianugerahkan apa saja, saya tetap begini,” katanya sekali-sekali menyelitkan unsur sinis terhadap pihak yang memfitnahnya.Awie turut menjelaskan ada ketikanya, dia terfikir kemungkinan dianggap sebagai bahan atau benda yang tidak berakal, tidak berperasaan dan boleh diperkotak-katikkan. “Kita perlu saling hormat menghormati, saya bukan ulama dan pendeta yang bijak berkata-kata. Saya bukan bodoh sangat, tetapi saya seorang insan yang dianugerah Allah akal dan suara untuk berfikir dan berkata-kata,” katanya.Awie seterusnya berkata, isu itu benar-benar mengganggu kehidupan hariannya, terutama dalam beberapa kerjaya yang sedang dilakukan.Katanya, dia memperoleh pendapatan dengan menyanyi serta berlakon, bukannya merompak atau sanggup mengambil duit orang dengan sewenang-wenangnya. “Saya ada lima perut yang perlu saya tanggung dan saya suap di rumah, nak makan apa jika masyarakat termakan dengan fitnah ini,” katanya yang mengakui saman yang akan dibuat untuk membersihkan namanya yang tercemar.


Ikuti sebahagian soal jawab Awie dengan wakil media:

WARTAWAN: Bilakah saman fitnah terhadap Jamaluddin ini akan difailkan di mahkamah sivil?AWIE: Saya sudah mengarahkan peguam bertindak dan mengambil tindakan dalam tempoh terdekat.
WARTAWAN: Adakah laporan polis ada dibuat berkaitan isu itu?
AWIE: Ada, saya membuat laporan polis pada hari berita itu disiarkan dalam Metro Ahad pada 14 Disember lalu di Kota Bharu, Kelantan.
WARTAWAN: Adakah
Awie akan meletakkan jawatan sebagai ahli Pekida?
AWIE: Saya tidak ada masalah untuk meletakkan jawatan dan boleh dilakukan pada bila-bila masa. Bagaimanapun, prosedur perlu dilakukan, termasuk memberikan saya surat tunjuk, supaya saya boleh jawab. Jika ada ada asas saya boleh meletakkan kad keahlian saya. WARTAWAN: Kemungkinan ada pihak lain yang mungkin disaman?
AWIE: Buat masa ini, saya lebih melihat dan memberikan tumpuan kepada menyaman Jamaluddin yang membuat fitnah terhadap saya.


p/s nizam: Udah2 laaa.....x semua perfect........sape tau,mungkin y menuduh tu lgi teruk dri y di tuduh?